KENAPA ADA PERGERAKAN RUKUK DAN SUJUD DALAM SOLAT ( MPU23052 )
Berikut adalah rahsia/kelebihan saintifik dalam pergerakan solat :
1 Rukuk melurus dan meratakan tulang belakang :
Pergerakan badan bergerak ke hadapan dan kedua tapak tangan menggenggam kepala lutut dan punggung mendatar didapati akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher dan tulang pinggang. Ia dipercayai mampu menguatkan belakang orang yang mempunyai sakit belakang.
Ruas tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada tulang punggung, tulang leher dan tulang pinggang. Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah senggal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal otot. Gerakan rukuk yang diajar oleh Nabi s.a.w, boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.
Apabila Baginda s.a.w rukuk, Baginda meluruskan dan meratakan tulang belakang (dalam keadaan 90 darjah) sehingga apabila air diletakkan di atasnya, air tesebut tidak akan tertumpah. Baginda tidak menundukkan kepala (terlalu membongkok) dan tidak pula mengangkatnya (tidak meninggikan kepala dari paras bahunya).
Selain menguatkan tulang belakang, perbuatan ini mampu menguatkan otot perut. Terapi ini terbukti mampu digunakan sebagai rawatan tahan sakit seperti yang tercatat dalam fisilosofi Yogic.
Ia juga berkesan dalam membantu kelenturan (fleksibili) bahagian bahu, lutut dan buku lali. Pergerakan rukuk mengenakan tekanan pada bahagian abdomen yang akan memudahkan masalah sembelit dan pergerakan peristaltis (pergerakan otot perut). Buah pinggang juga akan mengalami “urutan” yang membantu dalam permasalahan penyakit buah pinggang.
Tumakninah atau berhenti dalam keadaan bertenang sebentar, merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dalam solat iaitu rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Semasa melakukan posisi ini seseorang itu perlu berhenti seketika sekurang-kurangnya dengan kadar satu tasbih. Menurut kajian Dr.Fatimah Ibrahim Keadaan ini dipercayai mampu memberikan ketenangan kepada seseorang yang bersolat.
2. Sujud kepala menyentuh lantai menggunakan dahi :
Sujud merupakan perbuatan melutut di mana kepala diletakkan di bawah menyentuh tanah menggunakan dahi, dan tapak tangan diletakkan selaras dengan telinga. Seluruh berat badan akan terpikul sepenuhnya kepada otot-otot kedua-dua tapak tangan, kaki, dada, perut, punggung dan leher dan otot-otot kaki. Kepelbagaian pergerakan ini memberikan kesan besar yang menyebabkan darah bergerak ke otak manusia. Sujud dipercayai mampu memperbaiki peredaran cerebral pada otak dan mengelakkan penyakit iskemia otak (kekurangan darah di otak).
Pengaliran darah ke dalam bahagian otak memberikan kesan baik kepada memori, penglihatan, pendengaran, konsentrasi, dan keupayaan kognitif yang lain. Orang solat secara kerap mempunyai kadar sakit kepala yang rendah, kurang masalah fisiologi dan masalah kognitif yang lain.
Keunikan posisi sujud menyebabkan otot leher bergerak. Otot leher boleh menanggung beban apabila dahi diletakkan pada tanah dan ini menyebabkan otot leher bertambah kuat, sekaligus menjadikan kepala dapat diimbang dengan baik.
Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.
Dalam kajian mengenai jantung, saintis mendapati posisi sujud mampu mengurangkan dengupan jantung. Kadar dengupan jantung yang rendah untuk sementara waktu memberikan waktu rehat kepada jantung. Ia juga membantu dalam merelakskan saraf tunjang dan mengurangkan risiko tekanan ke atas saraf tunjang.
Saintis di Eropah telah membuat kajian mengenai bagaimana ingin membuang cas positif elektromagnetik yang berbahaya kepada badan manusia. Di dalam kajian terbabit, dia menyimpulkan bahawa cara terbaik untuk mengeluarkan cas tersebut adalah dengan meletakkan dahi di lantai (atau tanah), kemudian tanah akan mengeluarkan cas positif badan.Ini sama seperti kejadian kilat apabila kilat menyambar bangunan yang berada di tanah mempunyai cas positif. Kerana itulah anda perlu membuang cas positif supaya tidak disambar kilat!
Sujud juga merupakan satu terapi yang baik untuk penyakit uterus dalam kalangan wanita. Ia membantu mengubah semula posisi rahim, buah pinggang dan membantu mengurangkan tekanan pada paru-paru.
Bagi pesakit obesiti yang ingin menurunkan berat badan bolehlah mengamalkan posisi ini untuk mengurang lemak di bahagian perut kerana posisi ini membolehkan lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut.
Ruku' :
Dalam peringkat ini, manusia mewaliki malaikat yang tidak henti ruku' dan semua haiwan yang sentiasa meruku' dengan kakinya yang empat. Ruku' bererti mengagungkan kehebatan Pencipta dengan seluruh alam semesta , melihat kelemahan dan kemiskinan manusia dan makhluk lainnya lalu seraya berkata “Subhana rabbiyal azim" (Maha Suci Allah yang agung dari sebarang kelemahan) berusaha mengakarkan (menanamkan) ia dalam hati . Dan semasa mengangkat kepala dari ruku' dengan harapan untuk memperolehinya melalui sekali lagi ucapan membesarkan Allah .
Sujud :
Pada peringkat ini, manusia sekali lagi mewakili penyembahan malaikat yang sentiasa bersujud dan seluruh haiwan reptilia hampir bersujud dalam setiap masa kehidupan mereka. Sujud adalah untuk mengingkari selain dari Allah swt dengan mengatakan " subhana rabbiyal a'la (maha suci Tuhan yang maha tinggi) " . dalam penuh kerendahan hati dan kagum terhadap keindahan kesempurnaan Allah, kecemerlanganNya, nama-nama dan sifat-sifat suci. "Seorang hamba menjadi yang paling hampir dengan Rabbnya apabila dia berada dalam keadaan bersujud. Jadi meningkatkanlah doa dalam sujud.'' (riwayat Muslim).
Comments
Post a Comment